Malam semasa di situ Boboy telah mengalami sesak nafas yang teruk. Sebenarnya Boboy tiada masalah Penyakit Asthma tetapi Boboy ada masalah alahan yang agak teruk juga pada makanan dan habuk. Seingat Boboy malam di situ kami bakar ayam diketuai oleh Ayah long. Malam tu juga Boboy dan keluarga makan ayam bakar yang enak resipi rencah rempah ratus oleh Maklong iaitu maksedara Boboy dan nenek Boboy yang Boboy panggil 'Ma'. Mungkin disebabkan makan terlalu banyak ayam boboy telah diserang sesak nafas akibat 'allergic reaction' ayam. Sebenarnya Boboy jarang-jarang diserang alahan bila makan ayam tetapi pernah beberapa kali bila Boboy makan ayam simtom alahan akan menyerang menyebabkan badan Boboy dinaiki ruam dan menjadi sesak nafas. Boboy juga pernah alergik 3 kali dengan ayam KFC. Beberapa kali ayam goreng yang dibeli di pasar malam. Tetapi ayam yang dimasak oleh keluarga tiada masalah alergik pula.
Cerita pasal percutian kali ini pula seawal jam 6.30 pagi kami sekeluarga telah bangun dari tidur dan selepas solat subuh terus keluar bermain di Pantai yang terletak 100 meter sahaja dari resort penginapan kami. Ayah Long yang bawa kami ke Pantai ditemani oleh mak sedara Boboy sementara nenek dan mama menyiapkan sarapan pagi.
Seawal pukul 6.45 pagi Zaza telah berlatih boxing di depan resort |
Pukul 7.00 pagi cuaca yang amat menenangkan. |
Cuba Teka Ini Lubang Apa? Atau Kesan Apa? Inilah Ketam punya jejak |
Seronoknya bermain pasir pantai yang putih dan bersih. Waktu pagi sebegini sebenarnya sudah pukul 8.00pagi. |
Pantang jumpa cengkerang yang pelik kami kutip ... |
Tyra seronok bermain di atas pasir yang bersih dan halus. |
Hai, Saya Tyra Iskina |
Menangkap ikan dengan pukat |
Hasil Tangkapan Pertama |
Aktiviti menarik pukat pantai |
Renang kuak lentang oleh Boboy |
Ha, kan dah pedih mata... |
Sakit.... |
Junjun berenang di air cetek |
Adik Tyra tidak takut dengan ombak |
Yeyeye.. Best main air laut |
Apabila ombak menghempas pantai |
Sabar menunggu... |
Terbaring juga bila dilanggar ombak itu... |
Kesian kaki terpijak duri |
Berbedak dengan pasir pantai yang halus mulus |
Bermain layang-layang... bukan Boboy tu.. |
Penat bermain, kita makan dulu |
Posing sebelum balik |
Pandangan Pantai yang bersih |
Pemandangan yang indah |
Nun laut di sana |
Boboy suka pantai ini |
Pasir Memutih |
Ini pula Pantai Tok Bali |