Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat Hari raya Aidilfitri 2014. Maaf zahir batin.
Cuti raya kali ni tak ke mana. Beraya rumah nenek dan saudara mara sahaja.
Boboy juga tak berapa sihat. Sakit tonsil. Bengkak lagi.
Juadah raya sedap-sedap tapi Boboy tak boleh makan. Selera kurang sebab sakit tekak.
Boboy nak kongsi foto Boboy di hari raya lepas.




Ahad, 3 November 2013

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER ATAU PHD.....

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
 Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
 "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
 "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
 "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk.
 "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" 
 Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.
 "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
 Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.
 "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??"  
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap menanti buatnya!.... Ibu.....engkaulah RATU hatiku.

Khamis, 30 Mei 2013

Hari ke- 2 Pantai Melawi 30hb Mac 2013



Malam semasa di situ Boboy telah mengalami sesak nafas yang teruk. Sebenarnya Boboy tiada masalah Penyakit Asthma tetapi Boboy ada masalah alahan yang agak teruk juga pada makanan dan habuk. Seingat Boboy malam di situ kami bakar ayam diketuai oleh Ayah long. Malam tu juga Boboy dan keluarga makan ayam bakar yang enak resipi rencah rempah ratus oleh Maklong iaitu maksedara Boboy dan nenek Boboy yang Boboy panggil 'Ma'. Mungkin disebabkan makan terlalu banyak ayam boboy telah diserang sesak nafas akibat 'allergic reaction' ayam. Sebenarnya Boboy jarang-jarang diserang alahan bila makan ayam tetapi pernah beberapa kali bila Boboy makan ayam simtom alahan akan menyerang menyebabkan badan Boboy dinaiki ruam dan menjadi sesak nafas. Boboy juga pernah alergik 3 kali dengan ayam KFC. Beberapa kali ayam goreng yang dibeli di pasar malam. Tetapi ayam yang dimasak oleh keluarga tiada masalah alergik pula.
Cerita pasal percutian kali ini pula seawal jam 6.30 pagi kami sekeluarga telah bangun dari tidur dan selepas solat subuh terus keluar bermain di Pantai yang terletak 100 meter sahaja dari resort penginapan kami. Ayah Long yang bawa kami ke Pantai ditemani oleh mak sedara Boboy sementara nenek dan mama menyiapkan sarapan pagi.
Seawal pukul 6.45 pagi Zaza telah berlatih boxing di depan resort

Pukul 7.00 pagi cuaca yang amat menenangkan.

Cuba Teka Ini Lubang Apa? Atau Kesan Apa? Inilah Ketam punya jejak


Seronoknya bermain pasir pantai yang putih dan bersih. Waktu pagi sebegini sebenarnya sudah pukul 8.00pagi.

Pantang jumpa cengkerang yang pelik kami kutip ...

Tyra seronok bermain di atas pasir yang bersih dan halus.

Hai, Saya Tyra Iskina
Hai saya Tyra Iskina. Saya sekarang berada di Pantai Melawai. Seronok sangat berjalan kaki ayam atas  pasir yang putih, halus dan bersih.
Menangkap ikan dengan pukat

Hasil Tangkapan Pertama

Aktiviti menarik pukat pantai
Ayahlong bersama kawan-kawannya menggunakan pukat di tepi pantai untuk menangkap ikan. Waktu itu matahari sudah meninggi jadi ikan tidak banyak lagi seperti waktu seawal pagi sebelum subuh.
Renang kuak lentang oleh Boboy
Boboy pandai berenang. Bagaimana dengan kawan-kawan semua? Seronok berenang waktu pagi kat pantai ni tapi pedih mata bila air masin masuk mulut dan mata bila ombak datang. Boboy paling suka bila berenang terlentang dan datang ombak kecil beralun maka tubuh Boboy juga akan turut terangkat.Ombak akan menolak tubuh Boboy ke pantai.

Ha, kan dah pedih mata...

Sakit....

Junjun berenang di air cetek
Pengalaman bercuti bersama keluarga ini amat bermakna kepada Boboy dan adik-adik. Selain dapat bermain air masin, membina istana pasir dan bermain layang-layang di tepi pantai kami juga dapat melihat ikan segar yang baru ditangkap dari laut.
Adik Tyra tidak takut dengan ombak

Yeyeye..  Best main air laut

Apabila ombak menghempas pantai

Sabar menunggu...

Terbaring juga bila dilanggar ombak itu...

Kesian kaki terpijak duri

Berbedak dengan pasir pantai yang halus mulus

Bermain layang-layang... bukan Boboy tu..

Penat bermain, kita makan dulu

Posing sebelum balik

Pandangan Pantai yang bersih

Pemandangan yang indah

Nun laut di sana

Boboy suka pantai ini


Pasir Memutih

Ini pula Pantai Tok Bali
Semasa perjalanan pulang kami singgah di Pantai Tok Bali. Dari jauh kelihatan kapal sedang mengangkut minyak. Dari mana hendak ke mana Boboy tidak tahu.




Jom jalan-jalan bersama Boboy... Zoo Negara.

Ini cerita Boboy. Kali ini Boboy ingin berkongsi foto-foto yang diambil semasa Boboy pergi ke Zoo Negara semasa cuti sekolah yang lepas bersama keluarga.
Selamat Datang ke Zoo Negara.
Perjalanan kami bermula pada pagi Jumaat menaiki kereta dari rumah nenek seramai 6 orang. Mama yang memandu kereta sepanjang perjalanan itu sehingga sampai ke Tol Gomabak. Papa pula menunggu di sana lalu membawa kami masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur.
Kami bermalam di Hotel GDS. Papa beritahu hotel itu berdekatan dengan stesen LRT dan Stesen Bas Hentian Tun Razak.
Jomlah tengok foto Boboy dan keluarga dalam Cuti-cuti Malaysia kita orang.

Boboy dan Adik Tyra di Galeri Ular Zoo Negara

Boboy dan Zaza di Galeri Ular Zoo Negara

Nasib baik ular dalam cermin sebab tu Boboy berani ambil gambar tu.

Terkejut disergah... Ular tu..!!!

Selepas penat mengelilingi Zoo, singgah makan di 'The Wild Fast Food Restaurant'.

Jom Makan Burger je !

Junjun dan Zaza tunggang Unta.....

Alemak... Unta ni dah gigit tangan Boboy...!

 Tolong Zaza...! Boboy gelilah unta ni gigit kaki Boboy.

Keldai yang baik. Eh! Sebenarnya Kuda Padi.

Di kandang Arnab...

Boboy dan Makdek di depan Pintu masuk Zoo Negara.

Boboy dan Zaza dekat kandang Tapir.

Dekat belakang tu ada harimau...

Boboy dan Junjun berdekatan Kandang Harimau

Boboy dan Tyra bedekatan tempat Buaya Jejulun

Kami berada di tangga tempat Galeri Amfibia.

Amazing Facts about Giraffe


Binatang yang pertama sekali kami lihat semasa masuk ke Zoo ialah Gajah.